Produk Terlaris..

March 29, 2013

.::Anak sedara yang ke-4 :: Amna Fazidie::.

Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah, setelah sekian lama blog tak berupdate, arini boleh jugak update..kadang-kadang bila mud rajin tu 2 3 entry sehari..bila dah mai mud malas seminggu 1 entry pun susahkan..hehe..

Ok, harini amy nak memperkenalkan anak buah amy yang ke empat..anak kepada abg ipar amy..


Nama baby ni Nur Amna binti Mohd Fazidie..dilahirkan pada 25 Mac 2013 kat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)....harini dah masuk 5 hari..comelkan..geram je tengok..amy tak pergi tengok lagi sb baby ni duk kat Kuantan..inshaa Allah malam ni kalau takde arau boleh la tengok baby nie..alang-alang tu boleh singgah balik tganu terus..hehe tu yg paling best.. =)

Abg ipar amy ni kahwin seminggu je lepas amy dgn fahmi kahwin..tp dorang dapat rezeki dulu..baby ni jgk merupakan cucu sulong dalam family fahmi..happy giler la mertua amy bila da dapat cucu nie..

Baby amy sekarang ni dah 7 bulan..Inshaa Allah bulan 6 ni keluar..doakan yer..baby amy scan aritu baby boy..so lepas ni dapat sepasang la mertua amy.. =)

 Ni gambar masa majlis bertandang kat rumah fahmi aritu..
Abg & Kakak ipar fahmi :: Amy & Fahmi..
03 06 2012 =)

March 25, 2013

.::Newborn Check List::.

Salam 1 Malaysia..

Lamanya rasa tak update blog nie..hari minggu baru ni, amy dengan fahmi pergi Jaya Jusco Maluri..pergi shopping barang baby..shopping sikit-sikit jer..hehe..sekarang da 7 bulan so dah nak kena prepare sikit-sikit..nanti boleh bawak balik kampung..nak shopping masa 9 bulan takut tak larat nak jalan-jalan kat shopping mall tu.. =)

Amy juz beli apa yang patut jer..takde la shopping banyak sangat..beli asalkan ada..manelah tau kut-kutnyer baby ni nak keluar awal..masa shopping barang-barang baby geram je amy tengok barang-barang warna pink..geram je nak ambik..tp apakan daya, anak amy ni boboy..nak tak nak terpaksalah ambik selain warna pink..=)

Semalam amy mintak list dengan kawan amy..dia pun email ni untuk amy..wah banyak giler rasenya takde..next week leh la shopping lagi..Kepada mommy2 kat luar sana boleh la buat checklist nie..atau kalau malas nak copy boleh mintak ikut email amy...nati amy balas kat korang yer.. amyliana8886@gmail.com..sharing is caring is loving..=)



Untuk Ibu
1) Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
2) Kad Pengenalan
3) Telefon Bimbit
4) Baju/Blouses -5
5) Stokin - 2
6) Kain Batik -3
7) Baju/Seluar Dalam - 5
8) Skaf Kepala/Ki - 2
9) Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
10) Majalah/Buku
11) Tuala Mandi
12) Maternity Pad/Pad Biasa - 1 pek
13) Tuala Muka - 1
14) Selipar -1
15) Kamera
16) Air/Minyak Selusuh
17) Minyak Angin
18) Air Zam Zam
19) Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti)
20) Termos Air Panas
21) Bag Plastik
22) Baju Sejuk (Sweater) -1
23) Sikat -1
24) Breast Pad - 4
25) Nursing Bra - 4
 
Untuk Bayi
1) Baby Diapers - 6
2) Baju - 3
3) Minyak Telon - 1
4) Baby Wipes/Wet Tissue
5) Tuala Mandi - 1
6) Stokin/Sarung Tangan Bayi - 4
7) Peralatan Mandi
8) Selimut/Bedung - 3
9) Barut - 5
10) Topi - 1
 
Keperluan Berpantang - Berpantang (Untuk Ibu) 
1) Jamu/Set Lepas Bersalin
2) Stokin
3) Baju Sejuk
4) Tungku
5) Selimut
6) Selipar
7) Buku/Majalah
8) Kain Batik
9) Bengkung/Barut
10) Maternity Pad/Pad Biasa
11) Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12) Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah)
13) Minyak Angin/Urut
14) Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena, 
Prune, Biskut, Roti)
 
Baby Gear - Baby Gear
1) Baju- Lengan Pendek - 8
2) Baju- Lengan Panjang - 6
3) Romper - 2
4) Seluar- Pendek - 8
5) Seluar- Panjang - 6
6) Sarung Tangan - 5
7) Sarung kaki - 5
8) Baby Bip - 2
9) Sapu Tangan - 3
10) Barut - 10
11) Topi
 
Diapering
1) Napkin - 1 pek
2) Lampin Pakai Buang - 2 pek
3) Diaper Wipes - 2 pek
4) Safety Pin
5) Changing Mat
6) Nappy Liner
7) Berus Lampin
8) Baldi Untuk Napkin
9) Beg Untuk Diapers
10) Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi
 
Baby Care & Grooming
1) Bedak Bayi
2) Losyen Bayi
3) Minyak Bayi (Baby Oil)
4) Tisu
5) Sikat
6) Putik Kapas (Cotton Bud)
7) Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8) Nasal Aspirator (untuk selsema)
9) Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh -
(biasa dibekal oleh pihak hospital)
10) Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11) Termometer
12) Vicks
13) Minyak Telon
14) Syringe for Medicine
15) Cotton Balls
 
Nursering
1) Selimut
2) Bedding set
3) Play Pen / Katil Bayi
4) Mainan untuk Play Pen / Katil
5) Kelambu
6) Bakul Baju Kotor
7) Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8) Bakul Baby (Simpan Baby Care)
 
Feeding 
1) Botol saiz S - 2
2) Puting Botol Susu - 2
3) Bottle Sterilizer
4) Berus Pembersih Botol
5) Penyepit Botol
6) Sterilising Tablet
7) Nipple Cream
8) Nursing Pad Washable - 2
9) Nursing Pad Disposal - 1 kotak
10) Breast Pump
11) Nursing Pillow
12) Nursing Bra
13) Termos
 
Travelling
1) Beg Bayi
2) Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3) MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4) Infant Carrier
 
Bathing
1) Tuala
2) Besen Mandi
3) Syampu
4) Sabun Mandi
5) Span
6) Gayung
 
Extra 
1) Penyangkut Baju Berklip
2) Permainan Bermuzik
3) Bumbo Seat
4) Baby Gym
5) Stroller / Jogger
6) Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7) Car seat
8) Album
9) Beg Bayi
10) Baby Sling
11) Nursing Cover
12) Nursing Clothes / Wear    

March 20, 2013

.::DSLR Canon EOS 500D untuk di jual::.

DSLR Canon EOS 500D untuk di jual secepat mungkin.

RM 1600 (Boleh nego lagi)

-Body 500D + screen Protector
-Lens 18-55mm with UV Protector
-Battery + Charger
-Bag DIGIeye
-Tripod DIGIeye TR-37
-Memory Card 8gb
-Conditon 9/10

Sebab nak jual - Jarang Guna
COD - Sentul, Gombak, Setapak

Berminat!!sila hubungi saya...
0193222923(Amran) 

atau boleh ke link ni.. klik sini..

p/s--> kawan amy punyer.. =)

March 14, 2013

.::Cara ingat bacaan solat dengan mudah dan ringkas::.





.::Terror giler budak kecik ni make up::.


Pandaikan budak ni makeup..kita masa umur sebaya die tak tau pape pun pasal make up..da besar sekarang ni pun takde alat makeup sebanyak budak ni pakai..hehe..memang tabik spring la....=)


.::Hukum Menyimpan Kuku Panjang & Memakai Cincin::.



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je...ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu maka tulisan dituju ni untuk korunk. Yang dah tahu tu...Alhamdulillah.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
The Truth
  
Bab Berkuku Panjang...

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..




Bab Pakai Cincin

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari;

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."



Sharing is caring.. =)

March 13, 2013

.::9 Mimpi Nabi Muhammad SAW::.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

March 12, 2013

.::Dapat something dari Hubby::.

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar harini? harap baik yer..semalam hubby balik dari kerja dia bg amy something a.k.a hadiah la kan..hehe..sangat2 comel...nak tengok tak apa die? ni die..

Gelang Tangan
Comel tak?? Biru + Pink bertemakan blog amy..kalau korang nak tau masa amy kawen aritu pun hantaran belah fahmi pun warna biru + pink..suka sangat kombinasi warna nie...actually, fahmi suka sangat amy pakai menda2 alah ni tu yang die beli..dia beli pun tak bgtau kat amy..fahmi juz ukur tangan die jer..nasib baik la muat...hehe..

p/s--> tenkiu yer cik abg syg..luv u lots.. =)


March 11, 2013

.::Checkup 25 minggu :: Minum Air Gula::.

Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, selamat sudah tuk checkup 25 minggu pada 7.3.2013 aritu..minggu ni da masuk 6 bulan 2 minggu amy pregnant..tuk checkup kali ni amy kena minum air gula..amy kena minum bukan sebab ada sejarah keluarga ke apa tp atas sebab faktor umur amy da lebih 25 tahun..prosedur klinik kesihatan tu kate umur lebih 25 wajib minum air gula..nak taknak terpaksala..dah la malam tu kena puasa sampai ke tengah hari..huhu..

Hari tu amy dgn hubby ambik cuti sb nak kena minum air gula punya pasal..biasanya amy g checkup sorg je..sebab dekat dgn rumah amy..keluar opis petang tu pergi checkup then balik checkup terus balik umah tidur..hehe..memandangkan kena minum air gula ni amy mintak hubby temankan..Kul 9 amy sampai klinik..mula2 sampai tu mcm biasa la ambik nombor..lepas tu ada sorang misi panggil amy untuk cucuk kat lengan..ambik darah sebelum minum air gula katenya..lepas cuck tu kena minum air gula segelas besar dalam masa 5 minit..amy pun bawak air pergi minum kat luar..minum kat luar takut termuntah je..rasanya ok la..takde la teruk sangat..amy habiskan segelas tu..lepas tu amy mtk fahmi ambik air masak dalam kereta tp fahmi kate kalau syg anak jgn minum pape dalam masa 2 jam sb misi xbagi..amy pun tak minum la..sementara tunggu 2 jam tu..misi buat checkup macam biasa..dalam kul 11 lebih kena panggil cucuk lagi skali kat lengan..result tak dapat lagi..misi tu kate kalau result tak ok dia akan kol..kalau result ok dia akan tunjuk masa checkup 28 minggu nanti..harap2 ok la..huhu..

Sebelum ni dengar macam-macam citer pasal air gula nie..ramai yang kate minum sampai termuntah la pening la..macam2..tu wat amy tak keruan duk pikir camne nak minum n habiskan segelas besar tu..alhamdulillah tekak amy leh trima..boleh minum dengan jayanya...=)

25 Weeks Pregnant

Bila tengok gambar ni macam tak caya je janin ni duk dalam perut amy sekarang nie..
Patutlah aktif sangat bergerak..dah besar upanya..
Sabar yer anak ibu, 2 bulan lebih lagi Inshaa Allah dengan izin-Nya kita akan bersua.. =)

Perihal 25 Minggu

March 10, 2013

.::Ubat Migrain dan Sakit Kepala::.


PENAWAR SAKIT KEPALA dan MIGRAIN....amalkanya selau In Shaa Allah boleh melegakan sakit ..amalkan bila setiap kali sakit kepala dan migraian....caranya amat mudah yaitu hendaklah dimulakan dengan al-fatihah kemudian baca ulang sebanyak 3x kemudian tiup pada kedua-dua tapak tangan dan usapkan diubun kepala hingga kebelakang kepala dan Alhamdulillah setiap kali sakit kepala maka ianya akan hilang sesudah membaca ayat ini....semoga berguna untuk anda semua..

March 9, 2013

.::Hukum memakai contact lense::.


Hukum Pakai Contact Lense oleh Ustaz Azhar Idrus ( Original ) :

1 - salam ustaz...ape hukum memakai contact lens (kanta sentuh)

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) wsalam..harus jika kerana nak membantu kelihatan..haram kalau nak kelihatan spt org barat yg bermata hijau atau biru..

~
2 - .ustaz..apa hukum sebenar memakai contact lens berwarna o saiz besar2 bg perempuan?jika kita amek hukum berdasarkan 'zinatul wajhi',ustat mengatakan ia harus kerana contact lens xkekal,boleh tanggal..tp kalo kite amek hukum berdasarkan 'bertabarruj',maka ia jatuh hukum haram sbb ia menarek perhatian orang lain..kita sedia maklum bahawa mmg niat org yg memakai contact lens warna o besar2 ni utk tunjukkan kat org lain sbb ada je option utk mereka pilih yg jernih n biase2...jadi mana satu hukum yg sebenar?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) jika terang warnanya ..masuk dalam tabarruj yg dilarang manakala jika sedikit warnanya atau tdk terang sangat masuk dlm berhias yg dimaafkan syarak..

~
3 - ..ana ada tgok video ustaz hok pasal lens colour tu..hok utk perempuan..ustaz kata harus sebab dia xkekal...macam mane dgn sesetgh pendapat hok kato prempuan xleh pakai lens colour sebab dikira TABARRUJ...gano ni ustz?boleh ke pkai di khalayak ramai sedangkan lens colour tu warna warni dan bulih menarik perhatian lelaki mahram..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) yg haram itu yg terang warnanya hingga dapat dilihat dgn jelas olih lelaki yg lalu dihadapannya..adapun warna yg tidak terang yg hanya dapat dilihat jika di amati tidak haram..

~
4 -..assalam ustaz....
..mende hukum ppuan pakai contact lens berwarne?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) wsalam..jika tidak terang warnanya harus dan jika terang warnanya tidak bolih menurut setengah ulamak jika dipakai olih wanita kerana termasuk tabarruj iaitu perhiasan yg menarik perhatian lelaki..

~
5 -..Assalamualaikum ustaz., mengenai pemakaian contact lens. Apa hukum memakai contact lens yer ustaz? Lagi2 yang berwarna tu. Adakah contact lens ni dikira sebagai mengubah kejadian Allah?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) wsalam..harus jika kerana rabun dan haram jika dgn berwarna atau berbentuk{image} yg bertujuan mengubah ciptaan Allah atau kerana menarik perhatian ajnabi..

March 7, 2013

.::Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang :: Lakonan Ustaz Azhar Idrus & Shiro::.


PETALING JAYA: Kumpulan Shiro berasa teruja apabila diberi peluang berlakon di samping penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

Shiro yang dianggotai oleh Shahrul dan Ajak berkata, selain penampilan Azhar dalam filem itu, mereka juga tertarik dengan skrip yang mengangkat tema keislaman bersama unsur komedi.

"Setakat ini kami masih belum mempunyai adegan bersama beliau namun cukup teruja untuk berlakon di sampingnya kerana filem ini sarat dengan pelbagai pengajaran dan berbentuk keislaman," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Selain Shiro dan Ustaz Azhar Idrus, filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu turut menampilkan pelakon seperti Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).
Ustaz Azhar Idrus

Dalam pada itu, Shahrul berkata, filem pertama mereka itu adalah projek istimewa bersama MIG dan tidak berhasrat untuk menyertai syarikat produksi itu untuk menguruskan kerjaya lakonan mereka.

Jelas Shahrul, Shiro selesa dengan pengurusan Astro Entertainment yang menguruskan kerjaya seni mereka sejak menjuarai program Raja Lawak musim keenam.

Dalam perkembangan lain, Shahrul berkata, kumpulan Shiro juga akan tampil dengan sebuah single khas buat peminat dan yakin kehadiran mereka sebagai penyanyi dapat diterima ramai.

Kata Shahrul, Ajak akan bertindak sebagai vokalis utama dan dia akan lebih kepada rap dalam lagu itu nanti.

Dalam pada itu selain sedang berada di lokasi penggambaran filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, Shiro juga akan mengendalikan sebuah program sendiri bertajuk Shiro - Bermulanya Sebuah Cerita selain bertindak sebagai pengacara sebuah program realiti, Tarung Muay Thai untuk saluran Bintang di Astro.

March 6, 2013

.::Kerat 14 Full Movie::.

.::Dapat baby boy ke??::.

Salam 1 Malaysia..

Harini amy baru je masuk kerja setelah 5 hari tak masuk opis..jumaat aritu amy mc sb asma..sabtu ahad memang cutikan..isnin pulok cuti sebab family datang kl..ronda2 dengan family dulu..selasa pulak ada lawatan kat air hitam, Johor..so harini baru masuk opis..mud macam biasalah..kureng sikit..kena cari mud dulu..hehe..esok cuti lagi sb ada checkup..kena pergi minum air gula kat klinik..katanyanya nurse, malam ni kena puasa start pukul 10 malam sampai ke esok pagi..2 kali kena ambik darah kat lengan..xsanggup rasenya tp demi anak relakan juga..huhu..

Hari jumaat aritu amy kena asma, lepas tu pergi sedup nebulizer kat klinik..2 kali pergi sedup..pukul 7 malam sekali then kul 2 pagi sekali..balik je dari klinik malam tu sampai umah kena serang lagi, fahmi pun ajak pegi klinik kul 2 pagi..lepas balik umah doktor mintak amy sedup inhaler tu 2 jam skali..alhamdulillah esokkannya tu rase dah ok..kalau tak ok jugak fahmi kate nak pergi hospital..kalau pergi hospital comfirm kena tahan wad..huhu..

Berbalik tajuk di atas, hari jumaat aritu lepas sedup asma amy scan baby skali..takut effect kat baby sb banyak sangat guna inhaler..doktor pun scan la, scan punya nampak last-last nampak dia punya telur tu..hehe..nampak terang pulok tu..doktor tunjuk kat amy, pahtu doktor cakap tengok tu dengan tak malunya dia tunjuk dia punya telur n punai..hehe..dan skarang amy da tau dah jantina baby amy nie baby boy..nanti leh la jaga adik-adik  yer..alhamdulillah..masa scan tu nampak dia punya kelopak mata, mulut hidung semua..wah sangat-sangat tak sabar rasanya nak tunggu baby ni keluar..dah boleh cari nama nie..any suggestion??? =)

3 bulan je lagi..doakan baby amy sihat-sihat yer..semoga semua urusan dipermudahkan oleh-Nya..amiin...

ala tomey tomey..=)

March 4, 2013

.Buffered Earning dari U-Mobile RM36.39 dah kredit..Tenkiu Nuffnang::.

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua? Amy sekarang da ok..3 hari kena asma..rasa cam nak mati jer..huhu..2 kali terpaksa pergi sedup nebulizer kat klinik..katenya doktor biasalah bila preggy ni kongsi oksigen dengan anak..so, buat yang dah ada asma ni senang la nak kena attack..huhu..harap-harap baby ibu ni sihat la yer...

Hari ni amy nak share pasal BE dari nuffnang nie..hehe..BE ni dah lama berlegar-legar kat blog amy...first time amy dapat BE yang earnings sebanyak nie..paling banyak sebelum ni dapat BE RM10 jer..tp yang ni lebih RM30..syukur sangat2 n tenkiu Allah..


Kredit je BE ni amy punya earnings dah boleh cash out..amy pun apa lagi..terus tekan button cash out .malas nak kumpul banyak2..cukup je terus cash out..hehe..xsabar2kan..


Alhamdulillah ni merupakan cash out yang keenam amy..syukur alhamdulillah..tenkiu Allah..tenkiu Nuffnang..tenkiu kawan2 coz sudi singgah blog amy.. =)



Start dari amy daftar nuffang tahun 2010 ni la yang amy dapat..kalau blogger lain sebulan dapat beribu tapi kite blogger cabut je ni dapat banyak ni da syukur sangat2..sape nak bagikan dari duk sesaje..tenkiu Nuffnang..nati bg BE banyak2 lagi yer.. =)

Haritu amy ada buat entry ni kan..klik sini..Bukak-bukak email arini tengok says.com dah hantar email bgtau amy punya cash out tu akan masuk dalam masa 2 minggu lagi..alhamdulillah..

p/s--> sejak dua menjak preggy ni rezeki murah sangat..rezeki anak orang kate..alhamdulillah.tekiu Allah di atas kesemua rezeki-Mu buatku & suami.. =)

March 2, 2013

.::Pray for me::.

 

Demam + Selsema + Asma  = Perfect,, ='(


Doakan amy sihat kembali yer,,


Iklan Berbayar