Produk Terlaris..

February 28, 2012

Wanita "menarik" jadi REBUTAN untuk DIPERMAINKAN, tetapi wanita solehah jadi REBUTAN untuk DIPERISTERIKAN"



BERUBAHLAH DEMI KEBAIKAN :)

Wanita "menarik" jadi REBUTAN untuk DIPERMAINKAN, tetapi wanita solehah jadi REBUTAN untuk DIPERISTERIKAN"

MACAM MANE NK JADI SOLEHAH? BACA SEBAHAGIAN DARIPADA PANDUAN NI :)

" Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "-- (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

" Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "-- An-Nur : 31

" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "--(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "--An-Nur : 31

" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya "--(Riwayat At-Thabrani)

" Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "--(Riwayat Muslim dan Bukhari)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "--Al Ahzab : 32

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti"--(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)

"Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya"--(Riwayat Bukhari dan Muslim)

p/s--> renungan bersama..

.::Ana Raffali sangat cantik di hari bahagianya::.

Walaupun tak dedah sana sini tapi dia tetap cantik..terpegun dengan kecantikan ana raffali..semoga ana n suami bahagia ke akhir hayat..amiin...

antara gambar2 cantik ana raffali..kredit pd janggutouch.com..










p/s--> bestnyer tengok orang kahwin..xsabar la pulak nak kahwin..hehe..lambatnyer masa berlalu..huhu..

February 27, 2012

.::Kisah Menarik mengenai Loo Jo Yee binti Abdullah::.


Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber 'binti' kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak 'encourage' beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Untuk tahu lebih lanjut kisah Loo Jo Yee, boleh download di link ini :

http://hotfile.com/dl/142475124/8f765fc/4.Hijrah.4.Hidayah.3.Loo.Jo.Yee.2011.SDTVRip.ZealotDownload.avi.html

February 24, 2012

.::Tahniah Yusri Abd Halim & Lisa Suriani::.

KUALA LUMPUR – Hampir setahun bercinta, dan dengan sekali lafaz, kisah cinta Yusry Abdul Halim, 39 dan Lisa Surihani Mohamed, 26 termetri menjadi hubungan suci suami isteri malam ini.

Pernikahan mereka berlangsung di Ballroom Hotel Marriot di sini sekitar pukul 9.10 malam dilangsungkan oleh Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed.

Majlis dimulakan dengan upacara membalas pantun mengikut tradisi Melayu lama.

Lisa menerima sebentuk cincin dan seutas rantai sebagai tanda upacara membatal air sembahyang manakala Yusry menerima sebentuk cincin tanda kasih dari Lisa.

Pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berupa, sireh junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan sembahyang, kelengkapan lelaki, koleksi CD Beattle, keyboard, kek dan coklat.

Yusry pula menyerahkan sebentuk cincin, seutas rantai, tepak sireh, kelengkapan sembahyang, kek dan halwa.

Namun kedua pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Lisa dan kedua untuk Yusry yang pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira.

Astro Awani turut menyiarkan secara langsung perkahwinan Lisa dan Yusry itu.

(Sumber: Beautiful nara, my newshub,Mstar dan Sinar Harian)

February 22, 2012

.::Doa Murah Rezeki::.



p/s--> semoga kita semua dimurahkan rezeki..amiiiinnnnn...

February 16, 2012

.::Guide to A Better Life::.

Kawan kawan sejati ku sekalian, renungkanlah intipati kata-kata hikmah di bawah…insyallah….letak dan dahulukan Allah dalam apa jua keadaan…

Guide to A Better Life....

RENUNG..RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL....

Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni adalah antara bestsellers pada tahun 2007.

Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan.


Dalam surat beliau kepada isteri nya Jai dan anak-anaknya Dylan, Logan dan Chloe, beliau telah menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan kepada mereka.

Diubahsuai dari bahasa inggeris dan dikongsikan melalui forwarded email.


Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita


Personaliti

1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri 12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju


Komuniti

15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka


Kehidupan

22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.

Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.

.::Hoyeeeh...Dapat Cek RM280.70..Alhamdulillah::>

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua...amy baik2 sajer..harap2 korang pun baik2 ajer yer..amy happy sangat hari nie sebabnya amy dapat cek claim tuk lapor diri mai kerja aritu..wah bahagianyer..RM280 lebih tu mana nak cari..orang bagi kira rezeki la tu kan..hehe..tapi ni bukan duit nuffnang yer..nuffnang punya tak cash out lagi..tunggu la dulu..biar banyak2 dulu..hehe..

Sebenarnya duit ni adalah duit claim amy lapor diri ke kajang hari tu..dari Terengganu ke Kajang bersamaan 540 kilometer..campur lak dengan duit tol akhirnya dapatlah sebanyak nier...Alhamdulillah..Tenkiu Allah..Tenkiu LLM..

Masa amy datang lapor diri hari tu amy datang dengan Mak, Ayah n tunang amy sebuah kereta..semua dorg support..amy cuma bawak diri n barang2 jer..hehe..tapi apa yang paling best duit claim ni dapat kat amy..tu yang best tu..hehehe..ingatkan semua tu kita kena tanggung sendiri..rupanya boleh claim...cepat2 amy dengan kawan amy isi borang nie..Alhamdulillah hari dapat cek tu...syukur..



p/s--> bolehla pekena satay kajang lagi pah nie..hehe..

February 15, 2012

.::Jawatan Kosong Pembantu Tadbir di Koperasi Lembaga Lebuhraya Malaysia::.


Salam 1 Malaysia,

Bersama ini dilampirkan iklan jawatan kosong bagi Pembantu Tadbir KLLMB. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-87383096 / 03-87382520

Pihak Pengurusan,
Koperasi LLM Berhad

*************************************
KOPERASI LLM BERHAD

IKLAN JAWATAN KOSONG

JAWATAN :: PEMBANTU TADBIR

TARAF JAWATAN :: TETAP

TEMPOH PERCUBAAN :: 6 BULAN

GAJI :: RM800.00 x 60.00 - RM1,200.00

SYARAT KELAYAKAN
(a) Warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara
(d) Mahir perakaunan adalah satu kelebihan
(e) Keupayaan untuk berkomunikasi dalam Bahasa lnggeris adalah satu kelebihan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan dan resume bersama gambar
berukuran paspot kepada pejabat Koperasi atau melalui e-mer:
koperasi@llmnet. gov. my
(b) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan kad pengenalan, surat
beranak, sijil akademik dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan.
(c) Permohonan yang berikut akan ditolak:
(i) tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
(ii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan

TARIKH TUTUP
21 Februari 2012


p/s--> sesiapa yg berminat leh la isi...

.::10 Perkara yg Merosakkan Otak::.



p/s--> info..

February 14, 2012

.::Aliff Aziz pilih Anne Ngasri..Tolak Zarina Anjoulie::.

Kontroversi serta pergaduhan antara penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon seksi, Zarina Anjoulie yang terpapar di laman sosial, Twitter masih belum reda apabila masing-masing bertindak untuk tidak mengulas lanjut.

Kontroversi itu tercetus apabila Zarina Anjoulie mendakwa Aliff Aziz telah menipunya dan meminta penyanyi Singapura itu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan menerusi akaun Twitter miliknya pada minggu lalu.

Selain itu, Zarina Anjoilie turut menghantar entri melalui Twitter Aliff Aziz dengan seakan-akan mengugut bahawa dia ada menyimpan video yang dikatakan mempamerkan kelakuan Aliif yang sedang mabuk.

Lebih hangat lagi, dalam entri yang dihantar oleh Zarina kepada Aliff itu juga, ada menyebut nama pelakon Anne Ngasri yang dikatakan ada bersama Aliff.

Namun pelatun lagu Kalau Cinta itu ketika dihubungi oleh portal murai.com.my tidak dapat menjelaskan dakwaan tersebut sebaliknya mengaku intim berkawan dengan Anne.

“Saya tidak dapat memberi apa-apa penjelasan atau komen mengenai apa yang dinyatakan oleh Zarina dalam laman sosial tersebut.

“Bukan sebab takut atau hendak lari dari masalah, tetapi saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama sekali syarikat rakaman saya iaitu Sony Music Sdn Bhd.

“Cuma saya akui, memang apa yang terjadi telah menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penyanyi. Namun saya akan tampil untuk memberi penjelasan bila tiba masanya.

“Mengenai Anne pula, saya akui kini memang sedang berkawan rapat dengannya sejak kami sama-sama dipertemukan dalam drama Antara Kita yang bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi,” katanya kepada murai.com.my

Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan janda anak dua itu, Aliff memberitahu Anne adalah satu-satunya teman yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya sejak dia membuat keputusan menetap di Malaysia beberapa bulan lalu.

“Saya memang rapat dan serasi bila bersama Anne. Disebabkan itu saya selesa bila bersamanya dan saya akui memang selalu berhubung serta keluar menghabiskan masa bersama.

“Bagi saya, dialah satu-satunya teman yang mengambil berat mengenai saya selepas syarikat rakaman saya. Dia akan pastikan saya berada dalam keadaan yang baik.

“Dia juga banyak memberi tunjuk ajar saya tentang selok belok indusri terutama dalam bidang lakonan yang saya baru ceburi,” luahnya lagi.

Bercakap mengenai masa depan hubungannya dengan Anne, Aliff akui akan menerima Anne jika telah ditetapkan Tuhan, dia adalah jodoh buatnya.

“Ibu bapa saya sangat gembira apabila melihat perubahan positif saya selepas berkawan dengan Anne. Mereka juga turut merestui hubungan kami.

“Mengenai jodoh, saya hanya berdoa kepada Tuhan supaya dipertemukan dengan pasangan yang baik. Jika Anne jodoh saya, Alhamdulillah,” tambahnya.

Aliff kini sedang dalam proses menyiapkan lebihan untuk album terbarunya yang bakal berada di pasaran pada 14 Mac depan. (Murai.com.my)

p/s--> kalau amy pun pilih anne...ayu manis jer bertudung...=) xpela zarina..mungkin de laki yg lebih baik utk awk..=) peace no war bab kate wahid senario..

Mengapa Orang Meletakkan Anak Patung Bawah kereta ? takdok pekdoh lasung...


Mengapa Orang Meletakkan Anak Patung Bawah kereta ?

Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta...Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta,Supaya roh kanak-kanak tenang.Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..

SUMBER: Hamba Allah
PESANAN : tolong sebarkan..

Pautan mengenai Patung yang digantung pada bumper :
(http://www.facebook.com/photo.php?fbid=3238231683199&set=a.2554620273341.2146748.1488975024&type=1&theater)

Dulu amy selalu tertanya-tanya kenapa orang gantung anak patung bawah kereta..ingatkan memang trend ke apa..rupanya sekarang ikut kepercayaan agama lain..dah la yg letak tu ramai beragama Islam..baru amy dapat jawapan..adoyai..mesti dorang yang letak pun tak tau..main gantung jer...harap2 mesej ni menyedarkan umat Islam...

p/s--> Dulu bila tengok je kereta gantung anak patung mesti amy kate "takdok kejaan lasung g gatung menda gitu gayut kali kat bawoh kete..aku la de kereta n bear"..hehe..jahatkan amy..huhu..

February 11, 2012

.::Sekadar Renungan::.



Petikan dari fesbuk..cuba kita renungkan..bila kita mati tapi dalam fb kita blog kita penuh dengan gambar2 kita xtutup aurat... sampai dalam kubur dosa kita akan tanggung..nauzubillah.. tak perlu la kita nak berbangga dengan kecantikan kita ada.. fikirkan di alam sana nanti macam mana...ini pun tuk renungan amy jugak..sentiasa berubah untuk jadi lebih baik untuk hari ni dah esok2..semoga ianya memjadi renungan kita bersama..

p/s--> semoga Allah memberkati kita..amiin....

February 10, 2012

.::Alhamdulillah..Rezeki Allah::.

Salam 1 Malaysia...

Jodoh pertemuan ajal maut rezeki semua urusan Allah..

Masa amy nak tunang dulu, amy tak kerja..amy cuma tanam anggur jer tp tak masak-masak..huhu..bukan apa, kerja kat Terengganu susah sekarang ni gaji pun sikit..bukan nak kate memilih tapi kalau gaji pun xlepas tuk duit minyak n makan better duk umah jer kan..huhu..amy ingat lagi satu hari tu sebelum majlis tunang amy dapat call dari Kolej Kist untuk lapor diri masuk kerja..wah bertapa happynyer..sb kerja tu gaji pun ok..dekat dengan rumah..so amy pun pergi la ambik surat tawaran..11.6.11 amy tunang..15.6.11 amy pun lapor diri masuk kerja...ramai kate rezeki nak tunang..mungkin ye apapun syukur Alhamdulillah...

Insya Allah, tinggal 3 bulan lebih lagi amy nak kawen last2 amy dapat lak tawaran kerja kat LLM nie..syukur sangat2 sb mungkin dah tertulis rezeki amy kat sini walaupun agak bersedih sebab orang2 tersayang semuanya dekat Terengganu..terpaksa berjauhan dgn mereka semua..tp Allah maha pemurah lagi maha penyayang, sb Allha bg rezeki tuk tunang amy jugak kat area sini..lepas ni ada la jugak wakil yg boleh tengok2kan amy..amy sangat2 bersyukur...doa amy dimakbulkan..Alhamdulillah ..

Harini amy dapat khabar gembira yg tunang amy dapat kerja kat kl...isnin ni dah boleh mula kerja..amy kat kajang..dia kat kl..so tak jauh sangat la berbanding kat Terengganu tu..dulu fahmi dah kerja kl tapi amy kerja kat Terengganu..kemudian dia berhenti kerja kat kl then kerja kat Terengganu..16.01.2012 tu amy lak dapat tawaran keje kat LLM, Kajang..adoyai..fahmi pun apply kerja kl balik..akhirnya, kami sama2lah merantau kat negeri orang ni..Alhamdulillah..


Tenkiu Allah..

p/s--> thanks syg sb sanggup berkorban untuk tunangmu ini..semoga Allah permudahkan semua urusan kita..amiin...

February 9, 2012

.::Wedding Cakes from MilaDelight::.

Salam 1 Malaysia..

Hari amy nak share dengan korang kek kahwen bertemakan korean iaitu kek bunga sakura...cantik sangat kek nie..lagi2 warna pink putih...fuhhh memang cantik giler bagi amy tp bagi korang tak tau la kan..taste masing2..hehehe...

Amy suka kek ni tp takde la sampai nak buat tuk kahwin nanti..cuci-cuci mata je la..huhuhu..anak2 datuk boleh la kut buat kek macam nie..hehe..harga die pun boleh tahan jugak la mahal..sama harga dengan pelamin dah..hehe..tp siyesly memang cantik..pembuat kek ni orang Terengganu jugak..kalau nak tempah boleh pergi ke blog beliau di miladelight n fb beliau..




mcm ni ek bunga sakura??sory amy buta bunga..hihi


dia punya lapisan..kemas n cantikkan..

Tu dia..harganya RM900.00..saper2 yang berminat leh la tempah dengan mila delight nier...

Ok, sekarang ni amy nak tunjuk kek pilihan hati amy..dari mila delight jugak...cantik tak??? Cuma pilihan hati jela..bukan kek kawen amy..hehehe...kek kawen amy nanti yg bese2 jer..org kate bersederhana..simple2 jer..hehe..


Harga RM300


Harga 140..

p/s--> Berminat boleh la order dgn miladelight..

February 8, 2012

.::Pelamin-Pelamin cantek @ Festival Pengantin Terengganu 2012::.

Salam satu Malaysia...

Apa khabar semua..harap baik2 ajer yer..minggu lepas ada festival pengantin kat Terengganu..so sekarang amy nak share gambar dgn korang gambar2 pelamin kat situ..gambar2 ni sebahagian daripada pelamin yang ambik bahagian kat festival tu...memang teruja giler sb pelamin cantik sangat-sangat..pelamin cantik harganya comfirm cantik..hehehe..

Pilih la mane yang korang berkenan..semuanya terletak di Terengganu..hehe..amy tak berkesempatan pergi festival ni sebab amy keje kat kajang sekarang nie..gambar pun ambik dr fb org yg pergi..hihi.korang layan la yer n pilih yg mane korang berkenan..hihi..





















p/s--> Impian Bridal & Eman Foto..tetap dihati..hehe..

February 7, 2012

February 3, 2012

Iklan Berbayar