Produk Terlaris Ogos..

October 29, 2011

.::Tahniah Negeri Sembilan, Syabas Terengganu::.

Berakhir sudah penantian malam td..walaupun Terengganu kalah tapi amy tetap bangga dengan negeri kelahiran amy tu..masuk final pun dah kira bersyukur dah..adat pertandingankan, ada menang ada kalah..malam tadi rezeki berpihak pada Negeri Sembilan so peminat Skuad Terengganu terimalah dengan redha..

Masa tamat perlawanan tu ada yang marah2, sumpah seranah duk kate ke Sharbinee tak pandai jaga gol dan macam2 lagi..kesian sharbinee, bukan main lagi bersungguh2..tapi biasalah tu kan adat manusia, kalau menang nama dipuji & dijunjung kalau kalah dimaki dihina...kesian diorang..skuad terengganu dah bersungguh2 main tapi nak wat camne takde rezeki mungkin selepas ni mane kita tau kan..

Papepun amy ucapkan tahniah pada Negeri Sembilan dan syabas pasa skuad Terengganu..Skuad Terengganu, U're d best...

~biarpon penyu menangis lagi
~
~TERENGGANU tetap dihati~
~walau piala Malaysia bukan hak kami
~
~piala FA masih di tangan kami~

~PETEH GANU PETEH!!~


p/s--> Senyum sokmo =)

.::Dinner Kist @ Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyong::.

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua?? Harap2 baik2 yer...harini amy nak citer yg amy n semua staf kist g dinner kat Ri-Yaz Heritage..korang pernah pergi tak? ala yg dekat pulau duyong tu..yang glamer dgn monsum cup tu..hehe..actually ni first time amy g kat Ri-Yaz Heritage nie...

Majlis makan malam ni diadakan sempena berjayanya istiadat konvokesyen Kist yg ke 4 baru2 nie..ni tanda penghargaan Presiden kepada staf2 nyer yg terlibat...tema malam tu Islamik Kontemperori tapi amy pakai simple jer..berbaju kurung n selendang..lagipun lepas dinner tu nak kena g ambik fahmi n mak amy lak..kul 1 pagi sampai rumah amy..then pukul 3 pagi amy mak n fahmi gerak ke pahang..amat memenatkan tp berbaloi baloi..hehe..jom layan gambar2 amy dgn kengkawan..hehe..


Kak Sya peneman setia amy..hehe

Kak Sheila..Kak Sya..Along n Miz Nurul..

cenderahati untuk staf yang datang..

Peace..Sebelum balik snap snap snap dulu..hehe..

Tahniah buat Suraya n Kak Lieya yg dapat hadiah cabutan bertuah...

macam nak nyanyi nasyid la pulak..hehe

Snap snap snap..

Kenangan depan heritage..

Kalau korang de saudara mara nak masuk kist leh la contact amy yer..tak rugi masuk Kist sb boleh dikatakan bekas2 pelajar kist ni dapat kerja dengan goverment..terutama skali course MA (Medical Assistant) n Nursing...

p/s--> Special thanks tuk En.Zamly selaku presiden Kist (Kolej Islam Sains & Teknologi) sb buat majlis makan malam nie..

October 27, 2011

SEGMEN | Lyssa Faizureen Ajak Kenali Blogger . Jom Serbu !!




Salam 1 Malaysia..

Lyssa ada buat satu segmen..jom semua pakat buat segmen tu..due date kul 4 petang nie..hehe..

klik sini..

Latar Belakang diri :: Nama penuh amy macam kat header atas tu..Amy Liana bt Ramlan..korang leh panggil amy jer..simple kan..hehe..amy orang terengganu...ex student teknik wakaf tembusu n uitm shah alam..sekarang kerja kat Kolej Islam Sains dan Teknologi..sape2 yg berminat leh contact amy yer..sempat lagi promote tu..hehe..sekarang dah bertunang..doakan amy cepat2 sampai jodoh yer..amiin....

Kenapa Amy buat blog :: sebabnya dulu amy kursus it..belajar tuk buat website la konon..dan setia ahli wajib buat blog n wajib update seminggu sekali..dari situ mereka akan tau cerita kita..masa tu tak aktif mane pun..cuma sekarang ni jer...kawan2 kursus dulu dah lama xmen blog ni cma amy n beberapa kawan je yg stay lagi aktif..tp masa tu xtau pun cmne nak cantikkan blog..cuma sekarang ni je baru berjinak2..hehe..

p/s--> Salam Kenal...

.::Apa zodiak korang::.



p/s--> Amy n Fahmi LEO...korang lak apa??? sekadar suker2 je nie...hehe..sagitarius, pieces n pieces jgn terase ek..hehe..

October 25, 2011

.::Order Apam Polkadot :: Apam Angry Birds dll::.

Salam 1 Malaysia..



Apam angry birds..comel tak?? suke tengok angry birds nie..nak makan mesti rasa sayang kan..hehehe..actually amy order apam polkadot dengan yunie dalam 350 biji tuk wat raya haji nanti...pahtu pagi tadi tetiba yunie post kat facebook ciptaan terbaru dia..apam angry birds..wah canteek terus amy pun berkenan..hehehe...

Amy pun apa lagi..terus mesej yuni nak tukar 100 biji yang polkadot tu jadi angry birds..tp angry birds ni mahal rm10 dari polkadot..katenya yunie angry birds ni susah sikit..xkisah la mahal sikit pun janji lawa..lagipun nak bagi kat fahmi yang angry birds nie..fahmi suka sangat2 main game tu...mesti fahmi terpegun tengok nanti..hehe..

Sape yang berminat leh la order dengan yunie kawan amy nie...comfirm best sebab amy dah test aritu beli apam polkadot die..apam dia pun besar dari orang lain..hehe..

Nak tau harganya berapa?? Murah jer...

Apam Angry Birds
Harga pm yer.. 0139151446 yunie


Apam polkadot..

RM40 = 100 biji (inti)

(harga tak termasuk kos penghantaran pos laju..kalau duk area Kuala Terengganu ni leh by hand je..hehe)

KALAU DE KENGKAWAN NAK ORDER BOLEH CALL YUNIE DI 0139151446 ..

p/s--> dok sabar tunggu raya haji..hehe..

October 24, 2011

.::Mutiara Kata Pilihan Hari nie::.



p/s--> Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan..

October 20, 2011

.::Hai Nuffnangers :: Jom menderma untuk Rumah Aman::.

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua.? amy baik-baik jer..harap2 korang pun baik yer...actually amy dah lama tgk menda ni tp tak perasan pun..last2 amy terbaca entry ni kat blog Yuyu..so sekarang ni amy nak share lak dengan korang..marilah sama2 kita menderma untuk rumah aman nie..Jom kita pakat support kempen nie...kepada yang dah tu Alhamdulillah...semoga Allah membalas semua kebaikan kalian...



Caranya amat2 mudah dan cepat..

1. Login akaun nuffnang korang..atau nk mudah klik sini..http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011/
2. Pahtu korang akan nampak banner ni sebelah kanan korang..



Korang klik je banner tu.. pahtu page yang bawah ni akan keluar..



3. Korang cuma pilih je jumlah korang nak derma..samada RM1, RM5 atau RM10..
4. Lepas tu korang klik je petak kecik tu last sekali tekan butang submit..
5. You've done.... =)

Sedekah Jariah.

Amalan bersedekah ini amat dituntut agama dan banyak ayat al-Quran yang menganjurkan perbuatan mulia ini.

Antaranya Allah berfirman yang bermaksud:"Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikannya itu adalah lebih baik bagimu"(Surah al-Baqarah:ayat 271)..

"Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Apa saja harta yang baik kamu nafkahkan nescaya akan diberi pahala yang cukup sedang kamu tidak sedikit pun akan dianiaya (dirugikan)"(Surah al-Baqarah:ayat 272)

Maka apabila seseorang itu bersedekah dengan ikhlas sewaktu hidupnya, pahala itu akan diperoleh walaupun walaupun selepas meninggal dunia.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

sumber : Halaqah..

p/s--> Semoga Allah balas semua kebaikan
Nuffnangers...

.::Jom cek handphone masing-masing..berkualiti atau tak::.

Salam 1 Malaysia..
Tadi amy bukak fesbuk..pastu kawan share menda alah ni kat wall amy..amy pun cepat2 ambik henpon..nak cek la konon...Korang apa lagi, pergi ambik henpon sekarang..kita pakat cek sama-sama..hihi


Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda

► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01
(nampak tak yang amy warnakan tu..yang tu la..)

Jawapan daripada status tersebut..

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

Kredit : Fesbuk Islam- The way of Life..

p/s--> hp amy punya 03..nasib baik la fresh dr kilang..thanks incik tunang..hehe..


October 19, 2011

.::Tembakau rokok dari air kencing iblis::..

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua..harap2 baik yer..Harini lain tenet kat opis amy problem sikit..jd baru boleh update blog..jap lagi leh la blogwalking..hehe..amy bukak2 facebook terbaca info nie..info yang amat2 berguna buat perokok tegar..huhu..

Kepada perokok tegar tu renung-renungkanlah yer....

SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!



Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir.

Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu?

Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah.

Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir.

Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)

Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini - kredit pada B.B.Bangi.

p/s--> cmne ek nak buat seseorang tu behenti rokok?? sb incik tunang amy pun smoking..huhu..

October 18, 2011

.::Bila nak kawen???::.

Salam 1 Malaysia...

Apa khabar semua..moga2 baik semua yer..hehe...eh korang dah kawen belum??? kepada yang dah kawen tu selamat dari soalan ni kan..hehehe

Bila nak kawen??? tulah soalan yang amy memang paling tak suka orang tanya..lagi-lagilah bila amy dgn fahmi dah tunang ni..lagi la orang duk sibuk2 tanya..aritu duk bising tanya bila nak tunang? bila nak tunang? tut tut bila dah tunang bila nak kawin? bila nak kawin?..bila dah kawen soalah lain lak timbul nati, bila nak ada anak? bila nak ada anak? huhu..aduh pening..huhu..(pengajaran buat amy pahni jgn tanya org bila nak kawen..)hehe..

Masing-masing mesti ada perancangan sendiri kan..sama jugak dengan amy..bila dah tunang ni selalu fikir ke arah tu..sampai satu masa nanti insya Allah akan sampai waktu tu...apa yang kita kena ingat jodoh pertemuan ajal maut semua urusan Allah..

kenangan dihari pertunangan..

Sebenarnyer, amy terbaca dalam fesbuk td pasal ni sebab tu la tetiba nak buat entry nie..hehe..

Skema jawapan kpd soalan cepucemas (bila nak kawen?)

Kenapa Lambat?
✔ Kerna Allah tahu masa yg tbaik utk ku.

Dah Berpunya?
✔ Ya. Kerna setiap org tlh ditetapkan jodoh masing2.

Siapa?
✔ Nanti Allah akan perkenalkan kpd ku.

Bila?
✔ Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti.

P/S: Jgnlah selalu btanya bila org tu nak kawen. Krn semua RAHSIA itu, tletak DI TANGAN ALLAH. Sampai masa Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah.

Selamat Menjawap... Hihihi
Senyum tak perlu kata apa2. ^__^♥
Alhamdulillah...Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat serta redha Ilahi... InsyaAllah... Amiin ya rabal alaminnn.... ^____^♥

p/s--> ya Allah ya Tuhanku berkatilah hubungan kami....

October 17, 2011

.::Give Aways Template dari Cik Nurfarah::.

Jalan2 kat blog nurfarah ni tetiba tengok contest nie...hadiah pun menarik jd layan je la...comey giler blog farah nie sbnyer pink color....i like..tu salah satu sebab amy tertarik kut..hehe..



1. Follow blog saya : http://bicarafarah.blogspot.com
Done..

2. Buat satu entry yang bertajuk : Give Aways Template dari Cik Nurfarah
Done..

3. Letakkan Banner di atas, di entry dan sidebar korang. ( paling penting di entry )
Done..

4. Pemenang akan pilih melalui random.org ( ala-ala cabutan bertuah )
Ok..(wish me luck..)

5. Linkkan entry anda ke SINI
Done..

6. Tag minima 3 orang rakan anda dan pastikan mereka tahu. ( jangan cakap tag semua orang tapi tak letak nama orang tu )
Kak Awien..
Cahaya Cinta Ilahi..
Kak Zura..

Tarikh tutup : 31 0ktober 2011.. sempat lagi jom kawan2 yang lain join lake2..hehe..

p/s--> wish me luck..=)

.::Apa watak korang dalam facebook???::.

MACAM-MACAM WATAK PENGGUNA FACEBOOK


1. MODEL : Orangy yang suka tukar gambar profile setiap hari...

2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari...

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila se...barkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'

8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-''

9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?)

10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. MOTIFFFFFF ?

Hahaha ada yang terasa tak ? kalau de yang terasa sory ek..ni sekadar gurauan jer...hihi..

p/s--> Korang termasuk dalam watak maner??? hehe..kalau amy fb ni sekadar tempat tuk post kat group blog jer...hehe..tapi yang paling amy meluat yg no 8 tu..perasan hebat..sebab memang ramai yg cam gitu..nak2 yg guna blackberry n iphone...huhu..

October 16, 2011

.::Kelebihan Membaca Surah Al-Waqi’ah::.



Surah Al-Waqi’ah (سورة الواقعة) adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surat yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.


Sabda Rasulullah SAW:

“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:

“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”


Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:

1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.

Rasulullah bersabda :

Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.

Ertinya:
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”

2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)

3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

4. Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

5. Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.

Rasulullah bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

Ertinya:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

hayati bacaannyer di link bawah nie...

kredit = sumber klik sini..

p/s--> Masa amy menggangur dulu, tunang amy selalu ingatkan amy amalkan baca surah al-waqi'ah ni lepas solat..fahmi kate bila amal ayat ni insya Allah murah rezeki..alhamdulillah akhirnya termakbul jugak...thanks Allah..

.::Jom Saksikan Video Koperat KIST (Kolej Islam Sains & Teknologi)::.

Jom saksikan video nie..terdapat banyak info mengenai KIST... kalau sesiapa ada adik-adik sedara mara n spupu sepapat yang berminat tuk belajar kat KIST ni boleh la contact amy yer..banyak info de dalam video nie...



Video ni dibuat oleh Staf KIST sempena majlis Konvokesyen yang ke 4 pada 8 Oktober 2011 baru nie...

p/s--> Tengok jangan tak tengok yer..lagu KIST memang best...tetiba ingat lagu msa belajar kat Uitm..Lagu Wawasan Setia Pelajar n UiTM Dihatiku....hehe..

October 15, 2011

.::Stacy & Lyssa @ Majalah Remaja Okt 2011::.

Salam 1 Malaysia...

Korang pernah baca majalah remaja tak? amy suka baca majalah ni zaman dulu-dulu jer..port paling amy suka baca port yang buat-buat kuiz dengan horoskop je..hehehe..port tu yang best tambah lak dengan info2 n tips berguna pada kita...

Agak lama jugak la amy tak baca majalah nie...bukan apa rasa membazir je beli majalah bagai nie..tetibakan..hehehe...tibalah malam tadi adik amy keluarkan majalah remaja nie...keluaran terbaru..amy pun tertarik untuk baca sebabnya cover depan dia STACY..penyanyi yang amy paling minat..comelkan die..tetiba teringat lagu kisah dongeng..hehe..



Baca punya baca amy pun ternampak la satu page nie..blog Lyssa masuk dalam majalah remaja keluaran bulan nie..hihi..korang boleh tgk sini..klik sini..actually,amy suka layan blog Lyssa nie..kalau tak caya tgk kat blog amy..amy ada tampalkan banner tutorial lyssa..hehe..amy suka buat tutorial lyssa ni sebab mudah n senang nk faham..tahniah buat lyssa yer..blog lyssa mmg cantik sgt persis tuannyer jugak...



Korang pun boleh tampal banner ni..nanti kalau nak edit blog senang..hehehe...

p/s--> Bertuah jd blogger femes ni kan..hehe..

October 13, 2011

.::Belajarlah mencintai::.




p/s--> i luv u so much Fahmi Hijazi =)....

October 11, 2011

.::Salam takziah buat Dato' Ahmad Jais::.



Salam takziah atas pemergian penyanyi lagenda, Dato' Ahmad Jais yang kembali ke rahmatullah . Dato Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an/70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Yang pasti pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat negara - Al Fatihah..

p/s--> semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba-hambanyer yang soleh..amiiin..

October 10, 2011

.::MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI::.

Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, selamat sudah majlis konvokesyen KIST yang ke-4..majlis diadakan di Taman Tamadun Islam atau dikenali dengan Masjid Kristal pada 8 oktober 2011..selama 2 hari amy dan staf2 kist berkampung kat TTI..tugas amy cuma jaga bahagian jubah termasuklah memakaikan jubah tuk para VIP..hehe..syukur sangat sebab majlis berjalan dengan lancar sekali..

Tahniah diucapkan kepada graduan-graduan KIST yang terima diploma masing-masing..majlis memang gilang gemilang sekali..lebih-lebih lagi bila ada persembahan koir dari student KISTCT...memang best & terbaeeekk...hehe...


Odw g solat kat Masjid Kristal sempat lagi snap snap snap..hehe..


Di hari konvokesyen..bersama Miz Nurul n Saira..


Stage - Majlis Istiadat Konvokesyen..


Barisan Graduan KIST..


Ahli Koir Kist - Nation World..mmg khelasss...terbaeeekkk...


Sekalung Tahniah buat Cik Aisyah Khusairi yang menerima CGPA 3.98..


Sudi2kanlah tengok gambar2 konvokesyen kami di link tersebut..hehe..


MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN KE-4
KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI


p/s--> masakan di TTI mmg best giler...hehe..

October 9, 2011

.::22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda....

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda....


1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

p/s--> Sekadar renungan..kredit Facebook..

October 6, 2011

.::Jom tempah header, footer & banner..murah jer::.

Korang perasan tak header dan footer baru amy tu? Cer tengok atas pahtu cer tengok bahagian bawah sekali...comel tak header & footer amy??hehehe..amy suka sangat header n footer baru nie...amy suka sgt sb pinky2..hehehe...

Actually, amy tempah header ni dengan Myravea..beliau memang ambik tempahan untuk header,footer dan jugak banner..amy tengok header-header yang myra pernah buat untuk customer2 dia memang semuanya comel n cute2 sb tu la amy tempah dengan mira..

Harganya?? Murah je..untuk header RM15 manakala untuk footer RM5 jer..tuk banner lak RM10..murah jekan..lagipun sebelum nie nuffnang bagi kita duit lebih daripada tu lagi kan..jadi apa salahnya kita gunakan duit hasil dari blog kita untuk cantikkan blog kita nie..hehehe...

Nilah hasil2 yang myra buatkan..

Header 1..


Mula-mula amy suruh myra letak All About My Life pahtu bila fikir2 rase cam nak letak nama penuh jer..hehehe..myra pun tukar la...

Header 2..



Header 3..



Myra tanya pendapat amy yang mana ok..dia buat biar amy pilih..Amy pun pilih header yang ke 3 tuk letak dalam blog amy nie...myra akan buat ikut citarasa kita...

Footer..

Ni dia footer amy..comel tak..murah je..RM5..hehe..amy suka sgt...hehe..thanks myra..

Sape2 nak tempah leh klik sini..Tempahan Header, Footer & Banner..Comfirm korang akan puas hati...hehe..

p/s--> Lepas ni leh tempah banner lak dengan myra..hehe..

.::Sepahtu ganti Sepah ::.

Salam 1 Malaysia..

Semalam amy tengok berita kat astro awani..satu berita yang memang amy suka sangat2 ialah penubuhan kumpulan Sepahtu selepas kumpulan Sepah dibubarkan..


SEPAHTU..(kredit pada owner gambar nie)..

Kumpulan Sepahtu dianggotai oleh Jep dengan Shuib tanpa Mamat..lagi la amy suka..hehe..bagi pandangan amy la..semasa maharaja lawak aritu, Mamat tak menonjol mane pun..kekuatan sepah dulu pun bergantung pada Jep dan Shuib jer..So dengan adanya Sepahtu ni rase suka sangat...rasanya ramai peminat sepah gembira dengan berita ini..hehe..

Dalam berita malam tadi ada mengatakan yang kumpulan Sepahtu ni akan mengeluarkan album terbitan syarikat Mawi iaitu MW Entertainment Sdn Bhd..murah rezeki dorangkan..nampaknya mamat betul2 kena bergerak sola la lepas nie..

p/s--> Sory pada peminat Mamat sebab Amy tak minat Mamat..hehe..Gud Luck tuk Sepahtu..sokong kamu 100%..

October 5, 2011

.::Jom beli produk-produk dari SmartHerbs::.

Salam 1 Malaysia..actually amy nak share dengan korang produk-produk dari smartherbs nie..mak saudara amy yang jual produk-produk nie..amy baru je cuba kopi barli nie..amy pun try la satu..katanya kopi barli ni bagus untuk diet sb ia mengenyangkan..ternyata memang betul sebab bila amy amalkan minum kopi barli ni rase kenyang jer..biasanya pagi2 dah cari nasi lemak or nasi minyak tapi sekarang ni juz minum kopi barli nie jer...Kopi ni jugak baik untuk kesihatan dalaman...

Kalau ada sesiapa yang nak try antara produk2 smartherbs ni boleh beli dekat kedai berhampiran rumah korang dan kalau ada yang malas nak keluar tu leh la contact amy..nati amy boleh ambik dengan makcik amy then pos kan kat korang...tapi kena cas kos penghantaran la ek..hehe..

Premix Coffee - Barley

Kopi Pra Campur Untuk Semua (Lelaki dan Wanita) - BARLEY 5 in 1
Harga Peninsular Malaysia = RM 30
Harga, Peninsula Sabah / Sarawak = RM 34



Antara Produk-produk lain yang makcik amy jual..

Kopi Kacip Fatimah

Kopi Pra Campur Untuk Wanita - Kacip Fatimah 8 in 1

Harga ,Semenanjung Malaysia = RM 30
Harga ,Semenanjung Sabah/Sarawak = RM 34



Kopi Tongkat Ali..

Kopi Pra Campur Untuk lelaki - Tongkat Ali 9 in 1

Harga ,Semenanjung Malaysia = RM 30
Harga ,Semenanjung Sabah/Sarawak = RM 34


Susu Kambing dengan Madu..

Susu Kambing dan Madu

Harga,Semenanjung Malaysia = RM 35
Harga ,Semenanjung Sabah/Sarawak = RM 39

Losyen Pati Halia

Harga ,Semenanjung Malaysia = RM 30
Harga ,Semenanjung Sabah/Sarawak = RM 34


p/s--> kredit gambar untuk smartherb2u.com..keterangan lebih lanjut sila layari smartherb..

.::Lawak Pilihan Harini :: Ambe nok mitok tiang gol::.



p/s-->Amacam??ada faham???..hihi..papepimm Senyum Sokmo Yer...

October 4, 2011

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?


Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gather...ing di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary…Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru….Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse ….Mungkin dia bingung.Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……



.::Kenapa wanita sering menangis???::.

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”
By: Malaysian Community

p/s--> hargailah wanita..=)

October 3, 2011

.::Kunci Syurga::.

Seorang pemuda melanjutkan pelajaran di America Syarikat menyambung PHD. Setibanya disana beliau tidak mempunyai kawan melayu dan beliau telah berkawan dengan warga america. Beliau dan rakanya sungguh baik dan kemana saja beliau pergi mesti bersama. Sepanjang beliau berkawan, tidak pernah keseorangan tanpa kawanya. Termasuklah pergi kuliah dan sebagainya.

Satu hari ketika yang melayu yang sambung PHd ini cuba menarik warga america ini untuk memeluk agama islam dan menunjukan peribadi yang baik. Warga america ini juga sedang sedaya upaya menarik kawannya memeluk agama kristian. Dua-dua cuba manarik satu sama lain untuk memeluk agama masing-masing.

Pada satu hari, warga america ini ingin pergi ke gereja dan diteamani oleh orang melayu ini untuk sembayang. Yang melayu ini serba salah kerana warga america ini kawan baiknya lalu ia pergi menemani warga america ini sembayang.

Bila sampai saja tempat gereja tadi, semua tempat duduk dipenuhi oleh orang. lalu ada satu bangku kosong di hujung sudut, lalu 2 orang sabahat ini duduk di sana. Sedang beberapa minit, tiba-tiba paderi datang bila naik saja paderi atas dan lalu ia berkata " saya tidak akan memberi ucapan, sehinggalah seorang orang asing keluar dari dewan ini."Semua dalam dewan itu terpinga-pinga, siapakah orang asing itu dan mencari-cari siapakah orang asing itu.

Kemudian paderi itu berkata, saya tidak akan memberi ucapan selagi orang asing tidak keluar. Semua terpinga-pinga dan warga america dengan orang melayu ini buat tak kisah macam tiada apa yag berlaku. Saya tidak akan memberi ucapan selagi orang muslim tidak keluar dari dewan ini. Lalu dia fokus pada melayu ini yang beragama Islam tersebut. Lalu orang melayu tadi bertanya, sama ada saya perlu duduk disini atau saya keluar, Warga america kata awak duduk saja disini.

Lalu si paderi tadi turun dari meja, lalu dia menuju ke arah orang muslim tadi. Dia berkata " awak muslim dan awak boleh keluar". Lalu bangun orang melayu ini, kenapa saya dia arah keluar dari dewan ini. Paderi tu berkata " kerana kamu muslim dan kamu tidak layak duduk disini". Melayu ini kata saya nak duduk juga. Kalau kamu ingin duduk dalam dewan ini kamu kena jawab 30 soalan dari saya. Lalu melayu ini sanggup menjawab dan sampai lah solan ke 30. Semua soalan melayu ini dapat menjawab. Paderi tu kata " kamu boleh duduk disini. Melayu itu duduk dengan syarat bapak paderi menjawab 1 soalan dari saya. Paderi itu rasa bersalah hendak jawab atau tidak. Tetapi orang dalam dewan itu menyuruh paderi menjawab. Lalu paderi tu setuju. Melayu itu berkata " Apakah kunci syurga??". Muka paderi tadi merah padam. Dia senyap dan orang dalam dewan suruh menjawab juga. Paderi itu berkata "kalau saya jawab kalian akan marah pada saya". lalu semua orang dalam dewan bangun, kalau paderi tak boleh jawab kami akan bantu paderi. Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhaduallaa Ilaaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. " Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

p/s--> Allahu Akbar..

October 2, 2011

.::Darjat Seorang Isteri::.

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

By: Misteri & keajaiban alam

p/s--> semoga kita kaum wanita menjadi isteri yang teratas..insya Allah..

October 1, 2011

.::Fida kesal dengan Mamat dan tidak mahu teruskan hubungan lagi???::.



Kisah kontroversi yang menghambat pelakon Fida masih belum reda. Sejak menjalinkan hubungan dengan Mamat Sepah, Fida terus menjadi perhatian..

Tidak hanya kisah cintanya bersama Mamat menjadi bualan ramai, terkini mengenai gambarnya dengan sebahagian rambut mengurau tersebar di internet. Difahamkan gambar itu diambil Mamat dan dimuat naik ke laman facebooknya ketika mereka bercuti di Batam, Indonesia, bersama keluarga masing-masing.

Hal ini membuatkan peminat terkejut dan mula memberi pelbagai tanggapan terhadap Fida. Apatah lagi aksinya memeluk Iqram Dizly dalam drama Kasih Alia turut mencetuskan kontroversi.

Biarpun Mamat mengakui kesilapannya memuat naik gambar itu dan memberi alasan yang agak kurang munasabah kononnya dia tidak perasan dengan gambar itu kerana tidak memakai cermin mata, namun ia tetap tidak mampu membersihkan nama Fida.

Setelah lama berdiam diri, bintang kelahiran pantene ini, akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar. Pertemuan bersama zass baru-baru ini, merungkai isi hati anak kelahiran kampung baru, Kuala Lumpur ini.

"Saya memang sengaja tidak menjawab semua panggilan. Saya mahu menenangkan diri dan tidak mahu memberi sebarang penjelasan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan yang ketika itu sangat tegang"..

"Saya tak tahu nak cakap apa. Saya sangat terkejut dengan tindakannya tapi, sukar untuk saya jelaskan. Terus terang saya katakan saya terkilan dan kesal dengan apa yang telah berlaku".

"Bukan sahaja gambar malah apa sahaja kenyataannya, saya benar-benar tidak tahu dan sangat kesal. Perkara pun sudah berlaku. Saya berharap tidak lagi dikaiktan dengannya selepas ini," katanya dengan nada begitu kecewa.

Fida berharap tidak ada lagi cerita kurang enak berlaku pada dirinya. Fida juga tidak bertemu mamat selepas insiden itu dan hanya berhubung sekali bertanyakan perkara itu.

"Seperti yang saya pernah kata, kami masih dalam peringkat permulaan. Belum lagi bercinta dan masih mengenali hati budi masing-masing katanya..

Sumber = Akhbar Sinar Harian..

p/s--> kesian la pulak dengan si Fida nie..

.::Apam Polkadot::.

Sape suka apam polkadot?? sila angkat tangan..amy nak bagi sebijik sorg nie..hihi..takdela..gurau je..dah habis pun kami sekeluaga makan..hehe..actually, minggu lepas amy order apam polkadot ni dengan yunie..yunie ni kawan kerja amy dulu..hari khamis lepas amy g ambik dengan dia..

Mula2 kawan amy si Myra ni yang order dengan yunie..pahtu amy nak order masa hari raya aritu tapi yunie dah tak ambik tempahan sebab dia dah nak balik kampung..jadi amy pun order la minggu lepas..nampak macam best je kan..tapi memang best pun..hehehe...

Ni dia hasil tangan yunie..






Ni la apam yang yunie buat tu..gambar ehsan dr Myra..amy nyer kabel usb lupa letak mane..so xleh la nak letak gmbar amy ambik semalam..hehe..yang ni masa myra order time raya haritu..

Rasenya best giler..besarnya ada la sebesar bola pingpong..kat dalam dia jugak ada inti...Pelbagai inti ada antaranya strawbery,coklat,blueberry,sekaya..sebab amy suruh yunie campur..hehe..paling amy suka inti sekaya..memang best sb dia cair n lemak2 manis..hehe..

Nak tau harganya berapa?? Murah jer...

Apam polkadot..
RM15 = 50 biji (inti)
RM30 = 100 biji (inti)


(harga tak termasuk kos penghantaran pos laju..kalau duk area Kuala Terengganu ni leh by hand je..hehe)

KALAU DE KENGKAWAN NAK ORDER BOLEH CALL YUNIE DI 012-9601641..

p/s--> nanti leh order lagi..hehe..

Iklan Berbayar