Produk Terlaris Julai..

April 23, 2011

.::Maharaja Lawak Minggu-4 Part-9 JOZAN BEST TP JAMBU TERBAIK TUK MINGGU INI::.

Maharaja Lawak..Citer yang aku duk tunggu-tunggu tiap kali malam Jumaat..hehe..Maharaja lawak best sebab boleh menghilangkan stress dan segala keserabutan di dalam kepala hotak kita..hehe..Perserta yang aku duk tunggu2 Jozan, Nabil, Sepah dan Jambu..yang lain tak tengok pun tak kisah mana..hehe

Jozan...tak mengecewakan aku..Best..



Jambu..simple tapi best..



Aku memang peminat setia Jozan tapi tak dinafikan Jambu Terbaik untuk minggu ke 4 ni..Jambu memang best..

p/s--> Lepas ni pakai mustajab banyak2 yer Nora Danish..hehe..Jozan, buat lagi terbaik ek..hehe

.::KU MERINDU & KU MENUNGGU::.


Ku Merindu by Ella n Shah

Ku merindu
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu

Ku berjanji
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku

Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu

Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu…
Na na Na… Na na Na..

Ku Menunggu by Rossa

Ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
Ku kan selalu di sini untuk menunggumu

Cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu

Datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
Saat kau sadar betapa ku cintaimu
Ku akan selalu setia tuk menunggumu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu dan juga rindu
Dan aku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
Ku tetap menunggu..

Korang pernah dengar tak kedua-dua lagu ni?? sama tapi tak serupakan..satu dari Malaysia dan satu lagi dari Indonesia..siape ciplak siape ek? ok2, ngak usah ribut-ribut dan juga ngak usah pusing-pusing..lagian ngak usah dipikirin yer..kita layankan aja..kedua2 lagu ni memang best bangat....


p/s--> Ku Merinduimu dan aku menunggumu MFH..

April 10, 2011

.::AKADEMI FANTASIA 9 :: KONSERT PERTAMA :: LENA THE BEST ::.

Akademi fantasia minggu pertama...

Tak sabar-aku tunggu konsert nie..kononnya nak tengok kehebatan pelajar-pelajar tersebut..tp bagi aku konsert malam ni hambar dan tak best mane...mungkin sebab minggu pertama kut dan mungkin diorang nebes..huhu..kalau nak diikutkan, bagi aku konsert tirai ahari tu lagi best dari malam nie..malam ni hanya beberapa pelajar je yang best dan dapat kritikan yang baik dari pihak juri yaitu kak oji,adibah nor dan hattan..

Teruja sangat nak tengok AF aku sanggup meredah hujan pergi rumah makcik aku kat belakang rumah aku nie..haha..nak tengok kat rumah aku tapi tak boleh sebab ayah aku dah awal-awal pegang remote tv..katanya nak tgk bola..huhu..T-Team lawan pe tah..bola lak kat astro..ayah aku cakap Af xpe banyak ulangan..aduh geramnya..huhu..kan senang lau astro de 2 kan..

Untuk konsert minggu pertama ni..bagi aku, Lena is the best..dari tirai lagi aku tengok dia nie..suara dia memang best..sedap..power..tapi satu je..aku tengok lena ni agak gedik sikitla..huhu..kalau kurangkan kegedikan tu comfirm ramai orang akan suka..

Lepas je undian ditutup tadi..Lena ditempat yg pertama mengalahkan Aida yg dahulunya tempat pertama..Tahniah buat Lena..dan tuk konsert malam ni laikha disingkirkan..

Ni dia Lena..
Nama Sebenar: Lenaber Binti Hadir
Nama Afundi: LENA
Asal: Sabah
Umur: 21 tahun

p/s--> papepun Pak Nil the best..hehe..

April 9, 2011

.::Hati-hati dengan Telur Tiruan::.

SILA AMBIL PERHATIAN !! Hati-hati ketika membeli telur. Telur ayam tiruan ...sudah ada dipasaran Malaysia. Kandungan pembuatan telur palsu boleh menyebabkan kanser dan keracunan makanan.

Isu sekarang ni ramai orang duk bising pasal telur tiruan..sampaikan makcik-makcik yang mai beli telur kedai aku pun tanya telur tiruan ke telur asli..huhu..so, kepada sesiapa yang suka makan telur tu harap2 lepas ni berhati-hati yer kalau nak beli telur..telur pun dah de tiruan..ingatkan vcd je dicetak rompak last-last telur pun dicetak rompak..huhu..

Bijak betul kan kepala otak diorang..cammanalah boleh terpikir nak buat telur tiruan nie..kalau barangan keperluan lain la dan masuk akal la jugak tp ni telur tiruan..biasanya binatang je yg boleh menghasilkan telur nikan tp sekarang nie dah lain dah..huhu..

Korang tengok la perbezaan antara telur asli dan tiruan..macam sama je kan..huhu..

Kalau nak info lebih lanjut boleh pergi ke web ni..nini3posen.com


p/s--> lepas ni pakat makan telur ayam kampung jela ek..lagi berkhasiat..hihi

April 7, 2011

.::Diam itu lebey baikkk duhai si Suami......::.


Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).

Di sini, elok juga jika direnungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.

Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.

"Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"

Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya

.

"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya." Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."

Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."

-bukan mudah menjadi seorang suami yang baik kepada seorang isteri dan tidak susah untuk menjadi yang terbaik utk seorang isteri...


p/s--> sekadar renungan tuk kebaikan bersama..kdt fb nor hamizah myamiza..

Iklan Berbayar