Produk Terlaris Julai..

December 31, 2011

.::Resipi Apam Polkadot versi Amy::.

Salam 1 Malaysia..

Semalam amy buat apam polkadot..amy belajar pun dgn encik google ajer..hehe..jom kita buat sama2...senang jer..

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna
Mula2, masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang..



Seterusnya, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan..


Pilihan warna amy..

Colorful...

Kemudian, masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag..picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja..letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan..



picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh..last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan..kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak..



Akhirnya, inilah hasilnya...jom makan..yummy2..

Inilah hasil tangan amy..Apam Polkadot..hehe..

***Nota*** --> masa amy baca ramuan dalam blog aritu amy tak tau apa tu ovelette..cari2 internet akhir jumpa la gambarnya..amy pun pergi la beli kat mydin mall.hehe...

Ovelett :: RM1.50 jer..

Ni lagi satu, nama dia lopang acuan..first amy buat tak letak dalam ni..dia jadi kembang yg amat sangat..memang tak lawa..amy pun pergila beli bekas ni..harganya murah jer..12 biji RM1.60 jer..hehe..

Lopang Acuan..

P/s--> nak tau amy belajar kat mane?? kat sini My Resipi.


December 22, 2011

.::Biar Mimpi Sampai Ke Bintang::.

Salam 1 Malaysia..
Jangan lupa saksikan telemovie baru malam nie..

Telemovie :: Biar Mimpi Sampai Ke Bintang..
TV :: 104 (Astro Ria)..
Jam :: 9 Malam nie (22.12.2011)..
Lakonan :: Randy Panglila dan Elfira Loy..




Trailer Biar Mimpi Sampai Ke Bintang..





p/s--> telemovie yang ditunggu2..xsabar nk tengok malam ni..harap2 citer die best la..mulai esok amy cuti sampai 01.01.2012..yes bercuti sakan sambil menghabiskan sisa-sisa cuti tahunan...hooorayyyy.....

.::Kepada yg nak kawen time cuti sekolah tu cepat2 tempah pelamin yer::.

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar kawan2 semua..harap baik2 yer..al-kisah semalam amy pergi teman sepupu amy yang nak kawen bulan 3 ni tengok2 pelamin..cuma tinggal 2 bulan je lagi dia nak kawen tu kena cari awal2kan..last skali sepupu amy ambik yg tema korea..nanti penuh la dengan bunga2 sakura..harganya rm2700 full pakej..

Al-kisahnya, amy try la tanya2 kalau nak kawen cuti sekolah bulan 5 dengan 6 nanti camne..bila kena tempah pelamin??..last2 empunya butik tu cakap 2.6 dah tutup sb terlampau ramai nak kawen tarikh tu..mana tak nya, 2.6 nanti cuti sekolah tambah cuti umum (Hari Agong) tambah lak hari sabtu..sebab tu ramai orang berebut tarikh tu..2.6 tu jugak nanti majlis abg tunang amy a.k.a bakal abg ipar amy dgn kawan amy nak kawen..dah la 2 orang ni sekampung..nanti beratur la korang depan tok kadi yer..hehe..

Untuk tarikh amy lak dah ada jugak orang tempah..cuma tinggal 1 tempat je lagi..amy pun ambik jela..tempah pun sekadar booking tarikh jer..pelamin pun xtau lagi nk yg cmne..hehe..ingatkan tinggal sebulan nak kawen baru orang cari pelamin rupanya tak..nasib la amy g teman sepupu amy tu..hehe..

p/s--> walaupun lambat lagi tapi tak salah kita settlekan semua tu awal2..nanti tak la kalut sangat buat tu buat nie..padahal excited..hihi...

December 21, 2011

.::xde mud::.

sangat2 takde mud nak update blog..huhu...

December 6, 2011

.::6.12.2011 bersamaan 10 Muharram..Peristiwa di sebalik 10 Muharram::.


10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10Muharram

berbanding dengan hari-hari yang lain ?"Sabdanya :


1.ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya

2.ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram

3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram

4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram

5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram

6.Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram

7.Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram

8.Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram

9.Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram

10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram

11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram


12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram

13.Dilahirkan NabiIsa a.s. pada 10 Muharram

14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya
selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram

15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram

16.Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram

17.Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram

18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.

19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram

20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram

21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
Sumber..


Kelebihan Berpuasa pada 10 Muharram..

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !". Sumber..

p/s--> sharing is caring..semoga amalan kite diterima oleh Allah s.w.t..amiin.....

December 5, 2011

.::Obesiti!!!!!! Oh tidaaakk::.

Salam 1 Malaysia..

Lama amy tak update blog..dalam seminggu lebih jugak la tak update..bila dah lama xupdate ni visitor pun jd kurang..huhu..tah nape tiba2 jadi xde mud nak update blog..padahal hari2 bukak..bukak pun sekadar bukak jer lepas tu blog walking kat blog2 kengkawan..sekurangnya tau aktiviti korang semua kan...

Obesiti aka gemuk berlebihan..sape yg tak takut obesiti kat sini?? sila angkat kening..hehe..gurau jer..mesti takutkan..nak2 pompuan..hehe..baru2 ni amy pergi farmasi..amy pun terpandang la alat penimbang berat tu..dalam keadaan takut2 nak timbang sebab dah tau comfirm berat naik..hehe..slow2 amy gerak arah tu amy pun timbang la..korang nak tau berapa berat amy sekarang??? cer teka.. cer teka..hihi.. berat amy 56 kg..uwaaarghh tidakkkkk!!! amy dah gemuk..camne nak pakai baju pengantin kalau badan macam tong ni..huhu..

1.12.2011 amy pun start diet..sekarang ni cara untuk elakkan makan banyak amy puasa tiap2 hari..sambil2 diet leh gak pahala kan..hihi..mula2 amy ingat xnak puasa cuma makan menda ringan2 je di siang hari..tp tak boleh..kalau amy tak pose, pagi-pagi lagi comfirm pergi cafe beli mee goreng dgn sosej 2 batang pahtu tea ais..tengah hari lak comfirm makan nasi lagi pahtu dgn ais lagi..petang pulak dgn pisang gorengnya, keropok goreng nyer..last skali malam pun makan nasi.. adoyai..mane tak gemuk kan..hehe..

Akhirnya, amy pun buat keputusan tuk puasa je di siang hari..bila puasa makan pun terhad..makan time berbuka jer..sekali je sehari..sekarang badan pun rase macam sedap jer mungkin sebab perut tak selalu penuh...mungkin jugak nikmat puasa kut..hihi..insya Allah slagi mampu amy akan usaha tuk kuruskan badan..baru senang cari baju pengantin nanti..hehe..


p/s--> Korang doakan amy cepat kurus yer..dapat 50kg pun dah syukur sgt2..hehehe...

Iklan Berbayar