Produk Terlaris Julai..

June 12, 2010

~ Amalan 5S~

Korang tau tak apa itu nilai 5S??..mesti ada yg tau n mukin ada yg xtau..aku xtau sebenarnya..bila pergi tebiuw keje goment baru aku tau apa amalan 5S ni..amalan 5S ni kalau korang perasan ada tampal dekat pejabat2 kerajaan, hospital n smua yg berkait dgn kerajaan..sebabnyer kerajaan yang amalkan nilai 5S ni..kalau korang nak pergi tebiuw kerja goment kena tau gak sb kadang2 diorang akan tanya..

APA ITU NILAI 5S???
1--> SISIH
2--> SUSUN
3--> SAPU
4--> SERAGAM
5--> SENTIASA AMAL


Sisih--> Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan
di tempat kerja dan membuangkannya.

Susun --> Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur
supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

Sapu--> Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada
habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.

Seragam --> Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan
tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.

Sentiasa Amal--> Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan
kebersihan yang baik dengan sendirinya..

p/s--> Tuk tau lebih lanjut boleh baca kat sini..Selamat membaca..

June 10, 2010

~ Laksa Terengganu ~

Korang nk tau x apa aku lunch arini?? hmm..harini mak aku rajin lagi..semalam dh ketupat sotong harini lak mak aku masak Laksa Terengganu..tapi aku biasa panggil ni laksa kuah putih je sebab adajugak laksa terengganu ni kuah merah..kalau kuah merah ni biasa letak nyor gula @ korang panggil kerisik..Korang pernah makan tak ni??..Laksa ni memang famous kat Terengganu nie..dah nama Laksa Terengganu kan..hehe..kepada yang nak try tu nati aku ajar camne nak buat ek...
Laksa Terengganu kuah putih..
Bahan-Bahan:
Laksa
Laksa tepung beras..(suka hati korang la nak beli berapa kilo)..

Kuah Laksa..
Bahan-bahan-->
10 ekor ikan layang or korang panggil ikan sardin ek (dikukus @ dibakar kemudian dibuang tulangnya lalu ditumbuk)
2 labu bawang besar (ditumbuk halus)
lada hitam
sedikit halia
Santan
gula, garam secukup rasa

Cara buat-->Ikan yang telah ditumbuk, dicampurkan bersama santan. Masukkan bawang,halia, gula, garam dan lada hitam. Kacau n masak hingga menggelegak..

Sayur-sayurannyer..
1 biji timun (dihiris)
1 pokok daun salad (dihiris)
1 kuntum bunga kantan (dihiris)
¼ kg tauge
Seikat daun kesum
Daun Kemangin..( aku xtau korang pgil daun pe)

Cara buat-->Hiris halus2 smua sayur-sayuran di atas then gaul je..senangkan..

Sambal
Bahan--> Cili, belacan,garam n aji..
Untuk sambal laksa nie tak sama macam sambal belacan..cara buat dia lain sikit..korang tumbuk je smua bahan2 di atas sampai lumat..

Dah siap..boleh la makan..senangkan..ok sekian, Selamat Mencuba...

p/s--> Korang juga blh melayari Laksa Terengganu..cara2 memperkenalkan Terengganu di mata dunia..eh mata korang la..

~Ketupat Sotong @ Sotong Sumbat ~

Petang td aku belajar buat ketupat sotong nie dgn mak aku..ada jugak org panggil ni sotong sumbat..tp org2 Terengganu panggil tupat sotong je..hihi..rupanyer senang je masak ketupat sotong nie..xdelah susah sangat..

Cara-cara pembuatannyer..

Firstly, korang kena tanak pulut nie..
Bahan2nyer adalah --> beras pulut, santan dan garam secukup rase..
(Korang tanak je macam korang masak nasi cuma yg ni air tukar kepada santan then tambah sedikit garam)

2nd, bila dah siap pulut tu, sumbat pulut td ke dalam sotong2 nie..
Buang kulit sotong yg warna merah tu ek..mak aku cakap kalau xbuang nanti kuah dia jd merah..huhu..

Selepas masukkan pulut ke dalam sotong, cocok lidi kat hujung tu..nk elakkan pulut tu keluar..

3rd..masak kuahnyer..Bahan2nyer ( Santan, garam, gula, bawang seulas)
Panaskan santan, kacau then masukkan gula sikit, garam sikit n mayang bawang seulas..last masukkan sotong td..kacau sampai masak..
Siap tuk di makan..yummy2....


p/s--> cuba dulu ye baru tau..yg penting air tangan sendirik..selamat mencuba..

June 8, 2010

~ Hutan Lipur Sekayu ~

Lokasi= Hutan Lipur Sekayu..
Bile = 7 hb 6 2010..

Semalam aku n family pergi berkelah kat air terjun sekayu, kuala berang..kul 10 pagi ktorg dh bertolak dr rumah..xblh pegi lambat2 nati takde port yg best..hehe..hutan lipur sekayu dgn rumah aku dekat je sbenarnyer..dah byak kali dh berkelah kat sini..asal borink makan kat umah ktorg mai jela kat sini..hehe..best duk kat2 pantai n air terjun niekan..hehe..dengan berbekalkan nasi minyak n air sirap yg dimasak oleh mak aku maka ktorg pun gerak lah..(cewah ayat xleh belah)

Sampai je kat sana ktorg pun menjamu selera..sb tak breakfast lg..huhu..lepas je makan dorg pun terus mandi..aku tak mandi lagi..duk ambik gambar je keje..lgpun sejuk sgt pg2 buta tu..hehe..dh puas ambik gmbar aku pun turun la nk mandi..alik2 aku sentuh je air tu siren kecemasan bunyi..apa lagi cepat2 la org ramai naik atas..kalau siren ni berbunyi tu tanda air pada tahap bahaya..yg lagi bahaya kalau kepala air turun tiba2..dashyat..mcm tsunami tu r tp xla seteruk tsunami..huhu..krana xnk ambik risiko kitaorg pun pindah pergi kat bahagian pertanian..mandi manda kat sana..best giler..nyaman...


Faliesha mek rambut kriting..hehe..anak buah aku b4 bertolak..hehe..

p/s--> gambar aku xde..jd jurukamera jek..hihi..

Iklan Berbayar